Header Ads

Lulusan Ijazah Toreh Getah Akhirnya Dapat Keliling Dunia


Selepas menamatkan pengajian, pasti ramai anak muda yang inginkan pekerjaan seperti bidang yang dipelajari ketika di peringkat universiti. Sikap segelintir siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menjadikan ramai graduan menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian. 

Kisah anak muda ini merupakan contoh terbaik untuk anak muda di luar sana yang masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun sudah lama menamatkan pelajaran. 

Pernah berkerja sebagai penoreh getah setelah misi mencari pekerjaan gagal walaupun berpuluh temuduga pernah dihadiri. 

Walaupun mempunyai Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik, dia sanggup menjadi penoreh getah sementara mencari pekerjaan yang lain. Semoga kisah anak muda ini menjadi inspirasi kepada ramai graduan dan bakal graduan di luar sana supaya terus berusaha memajukan diri untuk berjaya. 

Menganggur Sejak Tamat Pengajian


Kadang-kadang Zamri memang rasa sedih sebab tiada siapa pun yang faham dengan tekanan yang Zamri rasai semenjak grad. Macam-macam perasaan timbul. Zamri tak dapat bagi duit bulan-bulan kat ibu bapa dia. Benda ni lah yang paling buat Zamri rasa sedih dan terkilan.  

Kalau bab kahwin memang tak terfikir langsung walaupun rakan-rakannya yang lain dah beranak pinak. Dia sering bertanya ada ke awek yang nak kan penganggur seperti dia? 

Selama Zamri menganggur ni macam-macam kerja pernah dia buat. Ada satu ketika tu dia sanggup menjadi penoreh getah walaupun dia mempunyai Ijazah Kejuruteraan Mekatronik. Orang sekeliling pun dah mula sindir-sindir sebab Zamri budak U tapi kerja toreh getah. Dia berasa sangat malu. 

Sampai mak bapa Zamri pun dah mula 'membebel' supaya cepat mencari kerja yang tetap. Bagi Zamri bukan dia tak nak cari atau memilih kerja sebab kalau memilih tak kan lah dia sanggup kerja toreh getah! 

Interview Dah Berpuluh Tapi Satu Pun Tak Lekat



Bila jumpa sepupu atau saudara mara soalan wajib yang akan keluar dari mulut "Tak dapat kerja lagi ke?". Depan orang ramai pulak tu. Hanya Allah saja tahu apa yang Zamri rasa waktu tu. Kadang-kadang tengok Zamri ni macam seorang gagalis. 

Dengan kawan-kawan lagi lah. Mereka semua ada kerja yang hebat-hebat padahal mereka sama-sama grad dengan Zamri. Bila mereka plan nak pergi travel oversea sana sini tapi Zamri hanya mampu melihat tapi tak dapat pergi sama. 

Jangankan oversea, dalam negara pun dia tak mampu. Perasaan cemburu tu memang ada sebab tengok semua dah ada kereta dan aset sendiri. Zamri tetap macam tu jugak. 

Zamri dah memang cuba cari kerja. Hari-hari tak terkira dia hantar resume pada syarikat yang ada kaitan dengan ijazahnya malah dia hantar sendiri melalui pos atau ke ofis syarikat tersebut. Dapat interiew tu memang dah banyak tapi satu pun tak lekat. Sampai satu masa Zamri dah putus asa dan dia rasa sangat down masa tu.

Kawan Bagi Idea Masuk Latihan Kemahiran


Ada satu hari tu, Zamri terserempak dengan seorang rakannya ketika waktu zaman belajar kat U dulu. Rakannya itu, masa zaman U dulu kelas pun malas nak pergi. Assignment pun asal boleh tiru dia tiru. Zamri pun bertanya kalau ada lubang kerja yang boleh dia minta. 

Rakannya pun bagi cadangan untuk minta sertai kursus kemahiran belia. Balik rumah Zamri pun Google lah pasal benda ni. Kebetulan pula, ada satu hari terbuka yang dianjurkan dan Zamri betul-betul tekad nak cuba masuk latihan kemahiran ni. 

Lepas selesai hadiri sesi taklimat, Zamri baru sedar apa yang harus dia lakukan. Dia harus berani cuba sesuatu yang baru. Bak kata orang tak semestinya kita grad dalam satu bidang kita mesti bekerja dalam bidang tersebut.


Banyak Belajar Benda Baru 



Bila dah dapat ikut latihan kemahiran belia ni dia memang terkejut sikit sebab suasana tu lain sikit dan lebih menarik dari apa yang dia belajar dekat universiti. Tenaga pengajar pun banyak yang dari luar negara dan mereka memang pakar dalam bidang masing-masing. 

Bab duit memang tak risau sebab yuran dah ditanggung oleh kerajaan dan disediakan elaun mengikut latihan-latihan yang ditawarkan. Lepas juga lah duit makan. Kursus yang Zamri sertai adalah selama 18 bulan. Selama itulah dia banyak belajar kemahiran yang diperlukan untuk menambah pengetahuan. 

Mereka juga dengan baik hati telah menghantar Zamri ke syarikat-syarikat yang berkerjasama untuk Zamri menimba pengalaman dan mempraktik apa yang telah belajar selama ini. 

Zamri juga sangat beruntung sebab dapat ke luar negara untuk menambah lagi kemahiran yang sedia ada. Memang itu satu pengalaman yang tidak akan dia lupakan. Merasa juga jejakkan kaki ke luar negara. 

Rezeki Tetap Ada Cuma Lambat Atau Cepat


Sekarang ni dah 6 tahun Zamri bekerja dengan Selangor Human Resource Development Centre. Bila terjumpa balik rakan-rakan zaman U dulu memang mereka terkejut dengan perubahan yang Zamri dah lalui. Malah dia dah mampu nak travel ke luar negara. 

Kalau dulu dia cuma boleh bermimpi, tapi sekarang Zamri dah travel ke tempat-tempat seperti ke India, Perancis, Jerman, Thailand, Kemboja, Vietnam dan beberapa lagi negara. 

Kalau ada lepasan SPM atau graduan yang menganggur dari duduk rumah tak buat apa, bolehlah cuba masuk SHRDC. Pasti berbaloi. Nak maklumat lanjut pasal SHRDC ni boleh layari laman webIG SHRDC  dan laman Facebook SHRDC.

No comments

Powered by Blogger.