Header Ads

Gadis Ini Kena Troll Akibat Cakap "Accent Mat Salleh"

Baru-baru ini, seorang gadis Melayu yang dikenali sebagai "Koko" diejek dan dikecam teruk oleh netizen gara-gara videonya yang dimuat naik ke laman sosial.


Dalam video berdurasi 1 minit itu, Koko memberitahu bahawa ramai yang bertanya kepadanya mengapa dia bercakap dalam "accent" mat salleh. Adakah dia berdarah kacukan?

Dengan loghat mat salleh, Koko menerangkan bahawa dia sememangnya mempunyai darah kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Koko juga menjelaskan bahawa adik beradiknya juga bertutur dalam "loghat mat salleh" sepertinya.

Oleh kerana rakyat Malaysia ramai yang "bijak menyiasat" dan suka mengusik, video koko mula diparodikan apabila ada segelintir netizen yang meluat dan merasa tertipu dengan apa yang diberitahu oleh Koko.

Yang menariknya, pelakon Janna Nick juga tidak ketinggalan dalam "acara" membuat video parodi ini. Jom kita saksikan antara video parodi menarik dan melucukan yang telah dihasilkan oleh netizen.


No comments

Powered by Blogger.